Monday, November 06, 2006

Keluaran 12 - Kongres Ginekologi dan Obstetrik Sedunia FIGO XVII


Keluaran 12 - Kongres Ginekologi dan Obstetrik Sedunia FIGO XVII
Posted by Picasa

KONGRES GINEKOLOGI DAN OBSTETRIK SEDUNIA FIGO XVII / XVII FIGO WORLD CONGRESS OF GYNECOLOGY AND OBSTETRICS

Persekutuan Ginekologi dan Obstetrik Antarabangsa / International Federation of Gynocology and Obstetrics

FIGO - Persekutuan Ginokologi dan Obstetrik Antarabangsa - merupakan satu-satunya pertubuhan peringkat dunia yang mengumpulkan ahli ginekologi dan obstetrik. Misi FIGO adalah untuk menggalakkan kesejahteraan wanita dan meningkatkan standard amalan ginekologi dan obstetrik.

FIGO - the International Federation of Gynocology and Obstetrics - is the only worldwide organisation that groups gynocologists and obstetricians. The mission of FIGO is to promote the well-being of women and to raise the standard of practice in gynocology and obstetrics.

Kongres Ginekologi dan Obstetrik Sedunia FIGO / FIGO World Congress of Gynecology and Obstetrics

Setiap tiga tahun bermula daripada penubuhan FIGO pada tahun 1954, ribuan ahli ginokologi dan obstetrik berkumpul di sebuah bandaraya selama seminggu, bukan sahaja untuk menganalisis dan membincangkan penemuan perubatan terkini tetapi juga untuk melihat masalah dan isu yang boleh ditangani dengan mengaplikasikan teknik yang mempunyai kos dan teknologi yang rendah. Tempat mengadakan Kongres Sedunia bertukar-tukar antara benua berikut: Amerika Latin, Eropah, Afrika-Mediterranean Timur, Amerika Utara dan Asia-Oceania. Kuala Lumpur telah diberi penghormatan untuk menjadi bandaraya tuan rumah program Kongres Sedunia FIGO XVII.

Every three years since FIGO was founded in 1954, thousands of gynocologist and obstetricians gather in one city to spend a week not only analysing and discussing new medical discoveries but also looking at problems and issues that can be addressed by the application of low tech and low cost techniques. The site for the World Congress rotates between the following regions of the world: Latin America, Europe, Africa-Eastern Mediterranean, North America and Asia-Oceania. Kuala Lumpur has been given the honour to be the host city of the XVII FIGO World Congress.

30sen - Logo Persekutuan / Federation's Logo

Reka bentuk logo persekutuan yang ringkas tetapi abstrak ialah tema utama setem ini. Akronim 'FIGO' digunakan sebagai latarbelakang. Lima kelopak bunga berwarna-warni, bersebelahan logo melambangkan perwakilan wanita yang universal dalam persekutuan ini. Kelopak-kelopak disusun dalam bentuk pancaran cahaya matahari untuk menggambarkan harapan, sementara latar hijau menggambarkan perkembangan wanita yang berterusan.

The simple but abstract design of the federation's logo is the central theme of this stamp. The acronym 'FIGO' is used as a backdrop. The five multicoloured petals of a flower, which is adjacent to the logo depicts the federation's universal representation of women. The petals are arranged in the form of the rays of a rising sun to represent hope whilst the green background symbolises continuous growth for women.

50sen - Ginekologi / Gynocology

Tema setem ini ialah 'Ginekologi'. Ginekologi ialah bidang perubatan yang tertumpu pada penjagaan kesihatan wanita yang tidak mengandung. Istilah ini dilambangkan menggunakan bayang seorang gadis. Profil ini berlatarbelakangkan sebahagian peta dunia. Latar merah jambu melambangkan jantina perempuan. Setem ini juga menunjukkan logo Kongress Kuala Lumpur.

The theme of this stamp is 'Gynocology'. Gynocology is the field of medicine which focuses on the health care of the non-pregnant woman. The term is graphically depicted as a silhouette of a young woman. This profile is placed against the backdrop of a partial map of the world. The pink background symbolizes the female gender. The stamp also shows the Kuala Lumpur Congress logo.

50sen - Obstetrik / Obstetrics

Tema setem ini ialah 'Obstetrik'. Obstetrik ialah bidang perubatan yang melibatkan penjagaan dan pengurusan wanita semasa mengandung dan selepas bersalin. Setem ini menunjukkan imej ibu yang mengandung. Imej ini berlatarbelakangkan sebahagian peta dunia. Latar biru melambangkan jantina lelaki. Setem ini juga menunjukkan logo Kongres Kuala Lumpur.

The theme of this stamp is 'Obstetrics'. Obstetrics is the field of medicine which involves the care and management of a woman during pregnancy and after delivery. The stamp features a graphical representation of a pregnant mother. This is placed against the backdrop of a partial map of the world. The blue background symbolizes the male gender. The stamp also shows the Kuala Lumpur Congress logo.

Gabungan reka bentuk grafik kedua-dua setem 50sen ini apabila diletakkan bersama-sama, menghasilkan bayang wanita yang tidak mengandung dan mengandung dalam garis rangka glob.

The combination of the graphical designs of both the 50sen stamps when placed physically together, produces the silhouettes of a non-pregnant and a pregnant woman, within the outline of a globe.

Butiran Teknik / Technical Details:

Tema / Theme: Kongres Ginekologi dan Obstetrik Sedunia FIGO XVII / XVII FIGO World Congress of Ginecology and Obstetrics
Tarikh Keluaran / Date of Issue: 6 November 2006 / 6th November 2006
Denominasi / Denomination: 30sen, 50sen (2 rekabentuk / designs)
Saiz Setem / Stamp Size: 40mm x 30mm
Tebukan / Perforation: 14
Kandungan Helaian / Sheet Content: 20 setem / 20 stamps
Kertas / Paper: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor / SPM Watermarked, Phosphor Coated
Proses Percetakan / Printing Process: Litografi / Lithography
Pencetak / Printer: Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Perekabentuk / Designer: Dr. T.P. Baskaran
SSHP / First Day Cover: 30sen
Folder / Folder: RM5.00

Sumber / Source: Bahagian Setem & Filateli, Pos Malaysia Berhad (http://www.pos.com.my)

Monday, October 09, 2006

Keluaran 11 - Haiwan Separa Akuatik


Keluaran 11 - Haiwan Separa Akuatik
Posted by Picasa

HAIWAN SEPARA AKUATIK / SEMI AQUATIC ANIMALS

Terdapat beberapa haiwan yang berkembang untuk menjadi hidupan separa akuatik, di mana kewujudan mereka bergantung kepada kebolehan mereka untuk hidup di kawasan kering atau berair pada waktu-waktu yang berbeza dalam sehari ataupun sepanjang kitaran hidup mereka.

Ada beberapa jenis mamalia, reptilia, amfibia, ikan dan invertebrat yang menjalani kehidupan separa akuatik. Yang menariknya, terdapat beberapa haiwan yang hidup di kawasan darat bergantung kepada kawasan berair untuk mencari makanan yang digemari seperti musang air ataupun untuk keperluan pembiakan seperti katak.

Di samping itu, ada juga haiwan yang hidup di dalam air yang naik ke kawasan darat untuk tujuan bertelur seperti penyu air tawar. Ada juga yang naik ke darat untuk tujuan mengawan ataupun untuk hak sempadan seperti yang dilakukan oleh ikan belacak. Biasanya, haiwan-haiwan ini mempunyai pengkhususan fisiologi atau penyesuaian morfologi yang membolehkan mereka mengeksploitasi kedua-dua persekitaran air dan darat untuk keperluan khusus mereka.

Habitat semulajadi di Malaysia termasuk pokok bakau, paya air tawar, sungai-sungai, lumpur dan habitat yang diubahsuai oleh manusia seperti sawah padi, memberikan ruang dan sumber makanan untuk keperluan kedua-dua haiwan vertebrat dan invertebrat separa akuatik. Para pentadbir dan pemuliharaan pusat habitat ini harus memastikan bahawa kepelbagaian haiwan separa akuatik yang unik ini dipelihara dengan baik.

Several animals have evolved to live a semi aquatic life, of which their survival depends on their ability to access dry land and water habitats during different times of the day or during their life cycle.

There are various mammals, reptiles, amphibians, fish and invertebrates that lead semi aquatic lives. Interestingly, various terrestrial-dwelling animals depend on water bodies to search for preferred food such as the Otter civet, or even for reproductive needs such as frogs.

On the other hand, some water-dwelling animals come out to land to lay eggs, such as freshwater turtles, or for courtship or territorial displays, such as that shown by some mudskippers. Often, these animals have specific physiological or morphological adaptations that allow them to exploit both the wet and dry environments for their specific needs.

Natural habitats in Malaysia including mangroves, freshwater swamps, rivers, mudflats and human modified habitats such as rice fields provide both vertebrate and invertebrate semi aquatic animals space and resources for their use. The management and conservation of these habitats will ensure that the diversity of these unique semi aquatic animals is maintained.

30sen - Ikan Belacak / Mudskipper (Periophthalmodon schlosseri)

Haiwan ini banyak ditemui di zon dalaman yang berlumpur di mana ia merupakan jenis ikan separa akuatik secara semulajadi dan boleh hidup di darat untuk waktu yang lama asalkan terdapat air pada insang mereka. Ikan belacak ini adalah jenis karnivor yang memakan organisma yang kecil seperti ketam dan cacing serta ikan belacak yang kecil.

Commonly seen on the intertidal zone of mudflats, these fish are semi aquatic in nature and able to stay out of water for extended periods of time as long as there is water in their gill cavities. They are carnivorous and feed on smaller organisms such as crabs and snails and even small mudskippers.

50sen - Umang-Umang / Hermit Crab (Pagurus bernhardus)

Spesies ketam ini menggunakan cengkerang haiwan lain sebagai tempat tinggal mereka. Walaupun umang-umang adalah bersifat separa akuatik secara semulajadi, ia telah menyesuaikan diri dengan persekitaran daratan, dan hanya pulang ke kawasan berair untuk waktu yang singkat hanya untuk bertelur sahaja. Umang-umang ini sangat aktif di kawasan paya bakau, biasanya pada waktu malam. Ia makan tumbuhan yang mereput dan haiwan kecil.

These crabs use the empty shells of other animals to live in and although semi aquatic in nature, have adapted to a terrestrial environment, returning to water only for short periods to lay eggs. In mangrove environments, most of the time hermit crabs are active at night and they feed on both decaying plants and animals.

RM1 - Kura-Kura Katup / Asian Box Turtle (Cuora amboinensis)

Sebagai tindak balas terhadap situasi yang merbahaya, kura-kura separa akuatik ini boleh menyembunyikan kepala serta kaki dan tangannya ke dalam cengkerangnya. Ia adalah spesies paya tanah rendah dan biasa ditangkap di dalam sawah padi serta di kawasan habitat air yang telah diubahsuai oleh manusia. Spesies ini memakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan kecil lain. Ia biasa ditangkap untuk dijadikan makanan dan dijual sebagai haiwan peliharaan.

Responding to threatening situations, this semi aquatic turtle is able to hide his head and limbs completely in its shell. It is a lowland swamp species and is commonly captured in rice fields and other human modified wetland habitats. This species eat both plants and animals and is often caught for food or pet trade.

RM1 - Musang Air / Otter Civet (Cynogale bennettii)

Tidak banyak diketahui mengenai ekologi mamalia separa akuatik yang berwarna perang gelap ini, melainkan bahawa terdapat kenyataan yang menyebutkan tentang kehidupannya yang lebih tertumpu di kawasan air daripada spesies musang yang lain. Turut juga dinyatakan ialah haiwan ini tinggal di kedua-dua hutan utama dan hutan sekunder. Makanannya termasuk pelbagai jenis haiwan akuatik.

Little is known about the ecology of this entirely dark brown and rare semi aquatic mammal, apart of the fact that it very much associated with water compared to other civets. It has been recorded to occur dwell in both mature and secondary forests and its diet is known to include aquatic animals.

RM1 - Biawak Air / Common Monitor (Varanus salvator)

Haiwan ini merupakan salah satu cicak yang terbesar di dunia dan sifat separa akuatiknya membolehkannya hidup di pelbagai persekitaran dan habitat termasuklah hutan bakau, kawasan pedalaman, paya serta di hutan-hutan bukit. Ia sangat aktif pada siang hari, memakan beberapa jenis haiwan vertebrat dan invertebrat, manakala ketam dan katak menjadi makanan kegemarannya.

This is one of the largest lizards in the world and its semi aquatic nature allows it to inhabitlive in a wide range of habitats including mangroves, inland swamps and montane mountain forests. It is active during the day, feeding on various vertebrates and invertebrates with crabs and frogs being the preferred food.

RM1 - Katak Pokok Empat Garis / Four-Lined Tree Frog (Polypedates leucomystax)

Biasa haiwan ini dijumpai di kawasan habitat yang terusik. Ianya jarang ditemui di kawasan hutan asal. Ia mempunyai sifat separa akuatik, di mana spesies jantannya suka berkumpul di sekeliling kawasan air untuk memikat spesies betina supaya bertelur. Jenis makanan bagi spesies yang dewasa termasuk pelbagai jenis haiwan invertebrat dan serangga.

Commonly seen in disturbed habitats, this frog is rarely found in primary forests. Semi aquatic in nature, males can be seen to fromare known to form calling groups around water bodieshabitats, attracting females to lay their eggs for them to fertilize. Adults feed on a variety of invertebrates and insects.

RM1 - Ular Air / Triangle Keelback (Xenochrophis trianguligera)

Walaupun banyak ditemui di kawasan tanah rendah, ular separa akuatik ini juga ditemui di hutan-hutan pada ketinggian 1,400 meter. Ianya memakan haiwan rodensia, burung-burung dan katak. Spesies betina ular ini boleh menghasilkan beberapa sangkak telur setiap tahun yang mempunyai 5-8 biji telur.

Found mainly in the lowlands, this semi aquatic snake has nontheless been recorded in forests at 1,400 metres elevation. It has been was recorded known to feed on rodents, birds and frogs. Females of this reptile species are able to lay several clutches of 5-8 eggs per year.

Butiran Teknik / Technical Details:

Tema / Theme: Haiwan Separa Akuatik / Semi Aquatic Animals
Tarikh Keluaran / Date of Issue: 9 Oktober 2006 / 9th October 2006
Denominasi / Denomination: 30sen, 50sen, RM1
Saiz Setem / Stamp Size: 40mm x 30mm
Denominasi Lembaran Mini / Miniature Sheet Denomination: RM1 (4 rekabentuk / designs)
Saiz Lembaran Mini / Miniature Sheet Size: 120mm x 70mm
Saiz Setem Dalam Lembaran Mini / Stamp Size in Miniature Sheet: 29mm x 34mm
Tebukan / Perforation: Setem / Stamp - 14, Lembaran Mini / Miniature Sheet - 14 Elips / Elliptical
Kandungan Helaian / Sheet Content: 20 setem / 20 stamps
Kertas / Paper: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor / SPM Watermarked, Phosphor Coated
Proses Percetakan / Printing Process: Litografi / Lithography
Pencetak / Printer: Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Perekabentuk / Designer: Hazel Design
SSHP / First Day Cover: 30sen
Pek Cenderamata / Presentation Pack: RM4.00
Folder / Folder: RM5.00

Sumber / Source: Bahagian Setem & Filateli, Pos Malaysia Berhad (http://www.pos.com.my)

Tuesday, August 29, 2006

Keluaran 10 - Pakaian Tradisional Malaysia


Keluaran 10 - Pakaian Tradisional Malaysia Posted by Picasa

PAKAIAN TRADISIONAL MALAYSIA / MALAYSIAN TRADITIONAL COSTUMES

Kehebatan dan kepelbagaian pakaian tradisional Malaysia dapat dilihat di seluruh Semenanjung Malaysia yang padat dengan masyarakat berbilang kaum. Setiap pakaian mencipta satu kelainan dari segi potongan, cara pemakaian dan penampilan yang berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain.

Penubuhan Malaysia pada tahun 1963, telah menambah lagi kekayaan pakaian tradisional di negara ini. Kehadiran busana tradisional pelbagai etnik dari Sabah dan Sarawak telah menyerikan lagi keunggulan busana yang penuh dengan keunikan ragam hiasnya.

Pada hari ini kita dapat menyaksikan pakaian tradisional yang diwarisi oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah menjadi satu lambang atau saripati kekayaan seni masyarakat yang membanggakan. Pakaian tradisional Malaysia nyata terkenal dengan warna-warna ceria dan ia menjadi sesuatu yang indah dan menarik.

The richness and diversity of Malaysian traditional costumes can be seen throughout the length and breadth of Peninsular Malaysia. There is great variety of beautiful costumes which differ in style and design from state to state.

The birth of Malaysia in 1963 continues to add more of the amazing collection of traditional costumes. Sabah and Sarawak, also rich in tradition and culture from its many ethnic and indigenous people further contributed to the fashion heritage of Malaysia.

Today we are most fortunate to witness the rich legacy of traditional costumes of various ethnic groups and communities in Malaysia as our very own cultural identity that we can be proud of. The Malaysian traditional costumes become a kaleidoscope of colors. It is a visual delight to one and all.

50sen - Pakaian Tradisional Melayu / Malay Traditional Costumes

Lelaki Melayu ini mengenakan Baju Melayu Cekak Musang, berkain songket bermotifkan bunga penuh dan bersongkok. Wanita Melayu ini pula menggayakan Baju Kurung Telok Belanga yang diperbuat daripada kain songket. Kainnya disusun secara ombak mengalun. Persalinan dari kain songket ini dilengkapi dengan selendang panjang.

The man is dressed in a Baju Melayu Cekak Musang matched with hand woven songket sarong with floral design and a headgear known as songkok. The lady is beautifully dressed in a flowery songket Baju Kurung Telok Belanga matched with a sarong neatly tied in the ombak mengalun technique or translated as flowing waves. The outfit is complemented with a shawl.

50sen - Pakaian Tradisional Cina / Chinese Traditional Costumes

Pasangan ini memakai pakaian klasik Cina yang telah diubahsuai mengikut peredaran masa. Si lelaki memakai Samfoo diperbuat daripada kain yang bermotif rekaan Cina dipadankan dengan seluar. Manakala si wanita memakai Cheongsam labuh yang ditenun dengan motif yang melambangkan kejayaan. Pakaian-pakaian ini biasanya diperbuat dairpada kain lembut seperti satin atau sutera.

The couple is wearing classical Chinese attire, which has been given a modern touch. The man is wearing a Chinese satin Samfoo intricately woven with Chinese motif matched with trousers. The maiden is wearing a modern red Cheongsam with exquisite design woven with motif symbolizing prosperity. These outfits are usually made from soft materials such as silk or satin.

50sen - Pakaian Tradisional India / Indian Traditional Costumes

Lelaki India menggayakan pakaian tradisional Vaishti beserta kain yang diperbuat daripada kain kapas yang ditenun dengan benang emas. Wanita India memakai Sari sutera yang juga disulami benang emas penuh yang dipadankan dengan choli ketat.

The traditional clothing for Indian men is the Vaishti. It is matched with a cotton cloth woven with gold thread. Indian ladies adorn beautiful silk gold thread bordered Sari matched with a tight choli.

RM1 - Pakaian Tradisional Iban / Iban Traditional Costumes

Lelaki suku kaum Iban menggayakan pakaian pahlawan Iban dengan mengenakan jaket atau Baju Burung dengan cawat daripada kain sirat. Mereka juga memakai kelengkapan tali pinggang, hiasan lengan dan kaki yang diperbuat daripada perak serta hiasan kepala yang dihiasi dengan bulu burung kenyalang. Wanita Iban pula memakai pakaian adat lengkap kain sarung bidang dan marek empang atau hiasan dada daripada manik berhias bebola benang. Hiasan kepalanya dipanggil sugu tinggi dan memakai tali pinggang berbentuk syiling dan gelang perak.

The male Iban is dressed in Baju Burung or vest and sirat woven loin-cloth which is a warrior's outfit. They also wear accessories such as a belt, armlet and anklet made from silver and a headgear decorated with hornbill feathers. The Iban maiden wears the ceremonial dress consisting of the bidang cloth, marek empang which is a chest adornment, the sugu tinggi headdress and other silver ornaments such as coin belt and bangles.

RM1 - Pakaian Tradisional Kadazan / Kadazan Traditional Costumes

Lelaki Kadazan ini menggayakan pakaian tradisi yang sering dipakai untuk menarikan tarian Sumazau. Pakaiannya terdiri daripada baju dan seluar yang dihiasi renda emas serta hiasan kepala yang dipanggil 'siga' diperbuat daripada kain tenunan destar. Wanita Kadazan ini pula mengenakan pakaian adat atau Papar yang disulami dengan benang berwarna-warni dan berenda emas. Pakaian ini dilengkapi dengan hiasan kepala dari anyaman buluh halus yang disebut 'siung' dan aksesori tali pinggang syiling dari perak. Pakaian-pakaian tradisional ini, lazimnya diperbuat daripada kain baldu atau sutera hitam.

The male Kadazan is wearing a ceremonial costume usually worn during the Sumazau dance. It comprises of a jacket and trousers with gold trimming and a woven destar cloth headgear known as 'siga'. The female is wearing a ceremonial Kadazan Papar costume made of embroidered color and gold thread. It is worn with a headgear made of bamboo strips known as 'siung' and silver coin belt. These clothes are usually made from black velvet or silk.

Butiran Teknik / Technical Details:

Tema / Theme: Pakaian Tradisional Malaysia / Malaysian Traditional Costumes
Tarikh Keluaran / Date of Issue: 29 Ogos 2006 / 29th August 2006
Denominasi / Denomination: 50sen (3 rekabentuk / designs)
Saiz Setem / Stamp Size: 30mm x 40mm
Denominasi Lembaran Mini / Miniature Sheet Denomination: RM1 (2 rekabentuk / designs)
Saiz Lembaran Mini / Miniature Sheet Size: 70mm x 100mm
Saiz Setem Dalam Lembaran Mini / Stamp Size in Miniature Sheet: 30mm x 40mm
Tebukan / Perforation: 14
Kandungan Helaian / Sheet Content: 20 setem / 20 stamps
Kertas / Paper: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor / SPM Watermarked, Phosphor Coated
Proses Percetakan / Printing Process: Litografi / Lithography
Pencetak / Printer: Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Perekabentuk / Designer: Hazel Design
SSHP / First Day Cover: 30sen
Pek Cenderamata / Presentation Pack: RM4.00
Folder / Folder: RM5.00

Sumber / Source: Bahagian Setem & Filateli, Pos Malaysia Berhad (http://www.pos.com.my)

Tuesday, August 15, 2006

Keluaran 09 - Perayaan-Perayaan di Malaysia


Keluaran 09 - Perayaan-Perayaan di Malaysia Posted by Picasa

PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA / MALAYSIAN FESTIVALS

Sesiapa sahaja yang datang untuk melawat Malaysia pada kali pertama akan merasa kagum dengan kepelbagaian perayaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan adat budaya.

Sesetengahnya merupakan perayaan yang disambut di seluruh negara ataupun di beberapa negeri sahaja.

Anyone visiting Malaysia for the first time will be amazed by the number of festivals and events celebrated in Malaysia as Malaysia has a great mix of races, religion and culture. Some of these traditions are celebrated nationwide while some only in a particular state.

Most of these festivals are celebrated in conjunction with religious occasion or a tradition.

30sen - Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa disambut oleh umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Suasana mula meriah menjelang Aidilfitri apabila kaum keluarga pulang ke kampung. Takbir berkumandang di malam terakhir bulan Ramadhan menandakan ketibaan 1 Syawal. Sambutan Hari Raya Aidilfitri dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri.

Pelbagai juadah istimewa tradisional dan moden dihidangkan seperti ketupat, rendang, lemang, dodol serta kuih raya. Lazimnya, kaum lelaki akan tampil segak berbaju Melayu manakala kaum wanita pula tampil manis jelita berbaju Kurung atau Kebaya.

Hari raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan berpuasa dan beribadah kepada Allah. Selain itu umat Islam mengambil peluang ini untuk menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.

Amalan orang dewasa memberi Duit Raya di dalam sampul hijau kepada kanak-kanak amat popular. Rumah terbuka diadakan bagi meraikan sanak saudara dan rakan taulan pelbagai bangsa. Amalan ini juga menjadi ikutan perayaan kaum lain untuk mengeratkan perpaduan rakyat majmuk di Malaysia.

Also known as Hari Raya Puasa, this festival is celebrated by the Muslims after a month of fasting during the month of Ramadhan.

A call for prayers on the last night of Ramadhan marks the arrival of the month of Syawal. The celebration commences with a massive congregation of worshipers in the mosques in the early morning. Delicious traditional and modern food is served such as the ketupat, rendang, lemang, dodol and cookies. The men appear handsome as they dress in their Baju Melayu and the women look beautiful in their Baju Kurung or Kebaya.

The festival is celebrated with great joy to signify the triumph after fasting for a whole month as part of the duties of a Muslim. Joy is also felt especially when family members gather to strengthen relations and ask for forgiveness. It is also a common tradition to visit relatives and friends.

The elders will present the young ones with green packets filled with money or Duit Raya. Having an 'Open House' is a common practice where friends from other races are invited, thus strengthening inter-cultural relations.

50sen - Perayaan Tahun Baru Cina / Chinese New Year

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina mengikut kalendar lunar yang terbahagi kepada 12 kitaran tahun bertemakan jenis-jenis haiwan.

Sebelum tahun baru bermula, rumah dibersihkan dan dihiasi dengan bunga-bungaan dan limau mandarin. Warna merah menjadi pilihan utama sama ada untuk pakaian mahupun hiasan kerana ia menjadi simbol kemurahan rezeki dan kebahagiaan. Ahli keluarga pula akan kembali berkumpul untuk makan malam bersama. Setelah itu, mercun dibakar pada tengah malam menandakan bermulanya tahun baru untuk menghalau roh jahat dan nasib malang.

Makanan tradisi seperti Yee Sang dan Nien Ko, iaitu sejenis kuih manis akan disediakan. Golongan muda pula akan melawat golongan tua, Mereka yang berkeluarga akan memberi 'ang pau' iaitu wang yang diberikan dalam sampul merah kepada mereka yang belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa diadakan dengan diiringi bunyi gendang.

Tahun Baru Cina akan berakhir pada hari kelima belas yang juga dikenali sebagai 'Chap Goh Mei'.

This is the most significant festival for the Chinese community based on the lunar calendar which has 12 cycles themed after animals.

Before the arrival of the Chinese New Year houses are swept, cleaned and decorated with flowers and oranges. Red is main choice of color for clothing and decorations as it symbolises prosperity. Families from far and near will return to their hometown to attend a traditional reunion dinner. It is an exuberant festival with clangs of cymbals accompanying lion dances and thunders of fire crackers filling the air to dispel evil spirits.

The signature dish for this festival is the Yee Sang and it is accompanied by other delicacies such as Nien Ko. The unmarried are given gifts of money enclosed in the little red packets or Ang Pows by those who already have families.

The celebration will end on the fifteenth day of Chinese New Year, which is also known as 'Chap Goh Mei'.

RM1 - Perayaan Hari Deepavali

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut agama Hindu. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bermaksud 'cahaya' dan perkataan 'Gavali' yang bermaksud 'barisan'. Oleh itu, pada perayaan ini lampu dan pelita dinyalakan untuk memperingati kejayaan kuasa baik menangani kuasa jahat. Rumah-rumah mereka turut dihiasi rekabentuk 'kolam' yang diperbuat daripada bijirin dan beras. Ia dilakarkan di atas lantai pada pintu masuk rumah mereka.

Upacara mandi minyak dijalankan pada pagi Hari Deepavali untuk melambangkan penyucian. Ini diikuti dengan upacara sembahyang yang dilakukan sama ada di rumah atau di kuil. Maruku, Laddu dan juga kuih-kuih manis merupakan juadah yang popular pada Hari Deepavali.

Deepavali, also known as the festival of lights is celebrated by Hindus. The word 'Deepavali' is a combination of the word 'Dipa' which means 'light' and the word 'Gavali' which means 'line'. Most of their homes are lit with little lights and oil lamps for the Hindus believe that this is the day when forces of good overcome the forces of evil. Homes are also decorated with a 'kolam'. It is colorful design made of grains and rice placed on the floor in front of the house.

To celebrate Deepavali, Hindus will take oil bath as a symbol of purity. Later, they will perform prayers in their own homes or at temples. Maruku, Laddu and various sweet cookies are among popular food for celebrating Deepavali.

RM1 - Perayaan Pesta Gawai / Gawai Festival

Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi pada 1 Jun setiap tahun. Pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan tanda terima kasih ke atas rezeki yang diberikan.

Pesta ini disambut dengan meriah dengan persembahan seni mempertahankan diri, pertandingan ratu cantik, pertandingan tarian Ngajat, demonstrasi menyumpit dan pertandingan sabung ayam.

This occasion is celebrated by Dayaks of Sarawak of 1st of June every year. The festival is held to show thanksgiving for the bountiful harves that is bestowed upon them by the God of Rice and Wealth.

The festival is celebrated with activities such as self defense demonstration, a beauty contest, Ngajat dance competition, blowpipe demonstration and cock-fighting competition.

RM1 - Perayaan Tadau Kaamatan / Tadau Kaamatan Festival

Perayaan Tadau Kaamatan atau juga dikenali sebagai Pesta Menuai diraikan sepanjang bulan Mei oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah sebagai tanda kesyukuran petani kepada Kinoingan iaitu Pencipta, juga sebagai satu hari bagi mereka memuja semangat padi bernama Bambaazon supaya hasil pendapatan padi mereka meningkat setiap musim.

Perayaan ini disambut dengan hidangan minuman tapai arak beras sebagai minuman istimewa. Pelbagai acara menarik diadakan seperti pertandingan ratu cantik, sukan rakyat serta persembahan tarian Sumazau yang sinonim dengan kaum Kadazandusun.

Also known as the Harvest Festival, this occasion is celebrated in May by the Kadazandusuns of Sabah to show thanksgiving for the abundant harvest to Kinoingan, the Creator and also to worship the spirit of Bambaazon for greater harvest for the seasons to come.

The tapai arak beras is served as a specialty drink during the celebration. Many activities are held such as a beauty queen contest, the Sumazau dance performance and competition, a type of dance that is synonym to the Kadazandusuns.

Butiran Teknik / Technical Details:

Tema / Theme: Perayaan-Perayaan di Malaysia / Malaysian Festivals
Tarikh Keluaran / Date of Issue: 15 Ogos 2006 / 15th August 2006
Denominasi / Denomination: 30sen, 50sen, RM1
Saiz Setem / Stamp Size: 40mm x 30mm
Denominasi Lembaran Mini / Miniature Sheet Denomination: RM1 (2 rekabentuk / designs)
Saiz Lembaran Mini / Miniature Sheet Size: 70mm x 100mm
Saiz Setem Dalam Lembaran Mini / Stamp Size in Miniature Sheet: 30mm x 40mm
Tebukan / Perforation: 14
Kandungan Helaian / Sheet Content: 20 setem / 20 stamps
Kertas / Paper: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor / SPM Watermarked, Phosphor Coated
Proses Percetakan / Printing Process: Litografi / Lithography
Pencetak / Printer: Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Perekabentuk / Designer: First Option Resources Sdn. Bhd.
Karya / Artwork: Koleksi karya daripada Pertandingan Seni Lukis Kanak-Kanak / Collection of artwork from Children Art's Competition
SSHP / First Day Cover: 30sen
Pek Cenderamata / Presentation Pack: RM4.00
Folder / Folder: RM5.00

Sumber / Source: Bahagian Setem & Filateli, Pos Malaysia Berhad (http://www.pos.com.my)

Tuesday, July 18, 2006

Keluaran 08 - Galeri Sultan Azlan Shah


Keluaran 08 - Galeri Sultan Azlan Shah Posted by Picasa

GALERI SULTAN AZLAN SHAH / SULTAN AZLAN SHAH GALLERY

Galeri Sultan Azlan Shah telah disempurnakan pembukaan rasminya oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 9 Disember 2003. Asalnya sebuah istana lama bernama Istana Ulu. Galeri ini telah dibaikpulih dengan begitu teliti untuk mengembalikan kegemilangan rupa bentuk seni bina asalnya. Kini ianya menempat serta memperagakan sejarah dan peristiwa penting perjalanan hidup kemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke-34.

Selain daripada kepentingan dari segi sejarahnya, keindahan bangunan Galeri Sultan Azlan Shah ini memperlihatkan satu paduan dan gabungan gaya senibina yang unik. Atapnya mengandungi 'bumbung limas' yang unik dari Acheh, tersergam indah seperti struktur atap berbentuk piramid, sementara keseluruhan bentuknya adalah merupakan satu adunan estetika bercirikan kolonial dan tempatan. Di peringkat awal pembinaan, semua punca bahan binaan didapati dari luar negara - jubin atap dari Perancis sementara jubin lantai dan dinding dari Itali - sebagai pelengkap batu-batu dan kayu-kayu tempatan, cengal dan meranti terbaik digunakan untuk ikatan atap dan bumbung.

Para pengunjung ke galeri ini pertama sekali akan merasa kagum terhadap keindahan landskap (yang memenangi anugerah pertandingan landskap peringkat kebangsaan 2004) dengan kesuburan dan kehijauan tumbuhan, ciri air pancut dan penggunaan labu sayong yang meluas, seni kraf tembikar dibentuk secara eksklusif khusus untuk Bandar DiRaja Kuala Kangsar. Air pancut 'hiasan tengah' mempunyai pancuran air keluar dari lima siri labu sayong yang mengalir melata ke dalam kolam berliku-liku di sekitar kawasan dataran galeri ini.

Di dalam kamar pameran yang didedikasikan terhadap wadah catatan dan maklumat mengenai pemerintahan Sultan-Sultan Perak, terdapat gambar-gambar foto dan visual menggambarkan Istana Iskandariah diabadikan kira-kira tahun 1897. Kemegahan dan kegemilangan pemerintahan Kesultanan Perak pada zaman itu telah dirakamkan dengan jelasnya melalui imej gambar foto Almarhum Sultan Idris Shah I bersama-sama dengan pegawai-pegawai penting negeri. Pertabalan Almarhum Sultan Idris Shah I merupakan satu detik sejarah yang diabadikan melalui satu lagi gambar foto menunjukkan Perayaan Pertabalan yang dilangsungkan di Bangunan Residensi pada tahun 1897.

Para pengunjung ke galeri ini juga akan dapat melihat sendiri replika Balairong Seri lengkap dengan alat-alat kebesaran istiadat diraja yang digunakan semasa istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak Ke-34, dan bahan-bahan istiadat kebesaran lain yang kini digunakan ketika baginda mengadakan upacara mengadap di Istana Iskandariah. Pengunjung juga akan dapat menatapi secara lebih dekat zaman persekolahan baginda Tuanku dan kerjayanya dalam bidang undang-undang di kamar pameran Kehakiman. Di sini juga, terdapat dengan megahnya dipamerkan sebuah lukisan potret DYMM Tuanku hasil karya pelukis terkenal negara Ibrahim Hussein dan hasil karya pelukis-pelukis tempatan lain persembahan dari DYTM Raja Muda.

Galeri Sultan Azlan Shah was officially opened by HRH Sultan Azlan Shah on 9 December 2003. Originally a palace called 'Istana Ulu', the gallery has be painstakingly restored to its former glory. Now it houses and displays the history and milestones of the illustrous life of HRH Sultan Azlan Shah, the 34th Ruler of Perak Darul Ridzuan.

Apart of its historical significance, the magnificent building of Galeri Sultan Azlan Shah showcases a unique fusion of architectural styles. Its roof bears the unique 'bumbung limas' of Acheh, an imposing pyramid-like roof structure, while its overall shape is an aesthetic blend of local and colonial features. In the initial construction stage, building material were sourced from overseas - roof tiles from France while wall and floor tiles were sourced from Italy - to complement local stones and the best of 'cengal' and 'meranti' woods used for the roof trusses and beams.

Visitors to the gallery will first be awed by the award winning landscaping, with lush plantings, water features and the ample use of labu sayong, a pottery craft exclusive to the royal township of Kuala Kangsar. The 'centerpiece' fountain has water gushing out from a series of five sayong vases, to cascade into a pool that meander around the compound.

In the exhibit chamber dedicated to the showcase of information and records on the ruling Sultans of Perak, there are photographs depicting Istana Iskandariah circa 1897. The glory of Perak Sultanate at that time had been distinctly captured in a photograph taken of Almarhum Sultan Idris Shah I with prominent state officials. The historical moment of the Installation of Almarhum Sultan Idris Shah I was forever immortalized in another photograph showing Installation Celebration held at the Residency Building in 1897.

Visitors to the gallery will get to see a replica of Balairong Seri (the Throne Room) complete with the ceremonial regalia used during the installation of HRH as the 34th Sultan of Perak, and other ceremonial items used today when he holds court at Istana Iskandariah. Visitors to the gallery too will get a closer look at HRH's schooling days and his legal career at the Judiciary exhibit chamber. Here, a portrait of HRH by world-renowned Malaysian artist Ibrahim Hussein and also by other local artists, commissioned by the Crown Prince, takes pride of place.

30sen - Keris Taming Sari

Keris Taming Sari adalah antara alat-alat kebesaran dan sebagai simbol utama kedaulatan negeri Perak. Keseluruhan sarung dan hulu keris disaluti oleh dedaun emas dan dipercayai diperbuat daripada 20 jenis besi, dan sebahagiannya daripada serpihan besi gagang pintu Kaabah.

Keris Taming Sari juga dikatakan sebagai keris kuasa atau bawar. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan mengejar musuh.

Keris Taming Sari, Keris Negeri, diwarisi setiap Sultan Perak yang memerintah sejak Raja Mudzaffar Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak Pertama (1528-1549).

Keris Taming Sari is one of the State Regalias and is the ultimate symbol of the sovereignty of the state of Perak. The entire sheath and handle is enveloped with golden leaves. It is made of an alloy of 20 metal composites, said to come from bolts holding Mecca's Holy Kaaba gates.

The keris is said to possess supernatural ability to rotate through the air in pursuit of its target.

Keris Taming Sari, the State Keris, is inherited by each Sultan of Perak since Raja Mudzaffar Shah was installed as the first Sultan of Perak (1528-1549).

50sen - Galeri Sultan Azlan Shah / Sultan Azlan Shah Gallery

Bangunan Galeri Sultan Azlan Shah yang tersergam indah ini menempat dan memperagakan sejarah dan peristiwa penting perjalanan hidup kemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang ke-34.

Di antara bahan-bahan peragaan yang dipamerkan termasuk: Salasilah DiRaja, Keluarga DiRaja, kronologi kejayaan DYMM di bidang perundangan, DYMM sebagai SPB Yang DiPertuan Agong Ke-9, Istiadat Pertabalan DYMM sebagai Sultan Perak Ke-34, DYMM semasa zaman remaja / persekolahan, koleksi cenderamata, koleksi keris dan koleksi kereta DYMM.

This magnificent building of Galeri Sultan Azlan Shah, houses and displays the history and milestones of the illustrious life of HRH Sultan Azlan Shah, the 34th Ruler of Perak Darul Ridzuan.

Amongst the display in the exhibits are: The Genealogy of the Perak Sultanate, The Royal Family, chronology of HRH career in the legal service, HRH as the 9th Yang DiPertuan Agong, Installation Ceremony of HRH as the 34th Sultan of Perak, HRH's Schooling Days and HRH's collections of gifts, keris and automobiles.

RM1 - Aigret DiRaja / Royal Aigrette

Direka khas oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I pada tahun 1911. Sejak kemangkatan Duli Yang Maha Mulia baginda pada tahun 1916, Aigret DiRaja ini menjadi sebahagian daripada Alat-Alat Kebesaran Negeri Perak dan Pakaian Istiadat Sultan.

The Royal Aigrette, specially designed by Almarhum Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I in the year 1911. Since the demise of His Royal Highness in 1916, the Royal Aigrette has become part of the Perak State Regalia and the Ruler's ceremonial dress.

Butiran Teknik / Technical Details:

Tema / Theme: Galeri Sultan Azlan Shah / Sultan Azlan Shah Gallery
Tarikh Keluaran / Date of Issue: 18 Julai 2006 / 18th July 2006
Denominasi / Denomination: 30sen, 50 sen, RM1
Saiz Setem / Stamp Size: 40mm x 30mm
Tebukan / Perforation: 14
Kandungan Helaian / Sheet Content: 20 setem / 20 stamps
Kertas / Paper: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor / SPM Watermarked, Phosphor Coated
Proses Percetakan / Printing Process: Litografi / Lithography
Pencetak / Printer: Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Perekabentuk / Designer: Prof. Dato' Raja Zahabuddin Raja Yaacob
SSHP / First Day Cover: 30sen
Folder / Folder: RM5.00

Sumber / Source: Bahagian Setem & Filateli, Pos Malaysia Berhad (http://www.pos.com.my)

Friday, July 07, 2006

Keluaran 07 - Sambutan 50 Tahun Felda


Keluaran 07 - Sambutan 50 Tahun Felda Posted by Picasa

SAMBUTAN 50 TAHUN FELDA / FELDA 50 YEARS CELEBRATION

Ditubuhkan dengan matlamat utama bagi membasmi kemiskinan dan membangunkan tanah persekutuan, Felda telah menempa kejayaan demi kejayaan. 50 tahun yang lalu menyaksikan Felda membangunkan lebih kurang 811,140 hektar tanah dengan jumlah peneroka sebanyak 104,946 orang. Malah, kejayaan Felda menguruskan ladang sawit terbesar dunia ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Bermula dengan aktiviti perladangan getah dan kelapa sawit sebagai penggerak utamanya, Felda telah mengorak langkah dengan mempelbagaikan aktiviti ekonominya kepada pelbagai bidang keusahawanan seperti aktiviti-aktiviti hiliran dan pembuatan serta perkhidmatan termasuklah kejuruteraan, pengangkutan, perkapalan, pembinaan, teknologi maklumat dan komunikasi, peruncitan, perlancongan, herba, keselamatan dan katering.

Selepas 50 tahun menempa kejayaan, Felda kini bersedia untuk melakarkan kejayaan untuk fasa 50 tahun yang akan datang pula.

Established with the primary intention of eradicating poverty and developing the federal land, Felda has achieved notable accomplishment over the years. It was 50 years ago when Felda started developing 811,140 hectares of land area with the help from 104,946 settlers. In fact, Felda's knack for managing the world's biggest oil palm estate has contributed to making Malaysia known to the world.

Starting out with rubber and oil palm plantation as its core focus, Felda has since move onwards by diversifying its economic activities to include manufacturing, services, engineering, transportation, shipping, construction, information technology and communication, retail, tourism, herbs, security and catering.

After 50 years of success, Felda is now ready to achieve further accomplishments for the next 50 years.

30sen - Menyemai Benih Kemajuan / Cultivating the Seeds of Success

Tema setem ini ialah 'Menyemai Benih Kemajuan'. Motif kelapa sawit dan getah melambangkan komoditi utama perladangan yang menjadi asas kepada kejayaan felda.

The theme of the stamp is 'Cultivating the Seeds of Success'. The images of oil palm and rubber trees are to signify Felda's major plantation commodities which have helped Felda achieve its success.

50 sen - Membina Negara / Nation Building

Tema setem ini ialah 'Ke Arah Kehidupan Lebih Baik'. Visual rumah banglo merupakan gambar sebenar pembangunan terbaru Felda iaitu perumahan Felda Jaya. Di belakangnya pula merupakan visual rumah peneroka asal manakala di bahagian latar adalah gambar sebuah perkampungan tanah rancangan dan ladang dari udara. Ladang sawit di bahagian latar merupakan komoditi teras yang menjana pendapatan utama untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat peneroka Felda.

The theme of the stamp is 'Towards a Better Life'. The bungalow house is a true depiction of Felda's latest development in creating a housing settlement often referred to as Felda Jaya. The background features the original houses for settlers, a view of a typical settler's village and an aerial view of an oil palm estate; the main commodity that helped to enhance the quality of life of Felda's settlers.

RM1 - Menempa Kejayaan / Forging Success

Selepas mencatatkan kejayaan pada 50 tahun pertama, Felda terus mengukuhkan tekad untuk mengibar hasrat negara. Setem ini menampilkan gambar pejabat asal Felda di bahagian kiri diikuti ibu pejabat terkini, Wisma Felda dan Balai Felda di Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur. Felda akan terus mencatat kejayaan dengan pembinaan menara ibu pejabat yang baru sebagaimana visual tertera di bahagian kanan setem.

Upon reaching its first 50 years successfully, Felda continues to uphold to the nation's vision. The stamp features the old as well as the current Felda's office, Wisma Felda and Balai Felda at Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur. Felda aspires to create more success and milestones in the near future especially with the building of its new office tower as also seen in the stamp.

Butiran Teknik / Technical Details:

Tema / Theme: Sambutan 50 Tahun Felda / Felda 50 Years Celebration
Tarikh Keluaran / Date of Issue: 07 Julai 2006 / 07th July 2006
Denominasi / Denomination: 30sen, 50 sen, RM1
Saiz Setem / Stamp Size: 40mm x 30mm
Tebukan / Perforation: 14
Kandungan Helaian / Sheet Content: 20 setem / 20 stamps
Kertas / Paper: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor / SPM Watermarked, Phosphor Coated
Proses Percetakan / Printing Process: Litografi / Lithography
Pencetak / Printer: Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Perekabentuk / Designer: Fluorescent Squid Sdn. Bhd.
SSHP / First Day Cover: 30sen
Folder / Folder: RM5.00

Sumber / Source: Bahagian Setem & Filateli, Pos Malaysia Berhad (http://www.pos.com.my)

Thursday, June 22, 2006

Keluaran 06 - Ulang Tahun Ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka


Keluaran 06 - Ulang Tahun Ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka Posted by Picasa

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Pada 22 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyambut ulang tahun ke-50. Sejak penubuhannya setengah abad yang lalu, DBP sentiasa dianggap sebagai tonggak kejayaan kemajuan Bahasa Melayu. Dalam tempoh tersebut, dari Bukit Timbalan, Johor Bahru, ke Jalan Young, Kuala Lumpur dan kini di Jalan Dewan Bahasa, DBP berjaya mengetepikan pelbagai cabaran dan ranjau di sepanjang jalan dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara - bahasa yang memberikan sifat rasa bangga diri kepada rakyat Malaysia yang pelbagai etnik dan budaya.

DBP ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai jabatan dalam Kementerian Pelajaran untuk mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Pada tahun yang berikutnya, DBP berpindah ke Jalan Young sebelum berpindah lagi ke Jalan Lapangan Terbang Lama lima tahun kemudian. Hari ini, DBP beroperasi dari menara setinggi 33 tingkat yang tersergam indah di sebelah bangunan lama di Jalan Dewan Bahasa (dahulunya Jalan Lapangan Terbang Lama). Selain ibu pejabat di Kuala Lumpur, DBP kini mempunyai pejabat cawangannya dan wilayah di Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu, Bukit Mertajam dan Johor Bahru untuk membantu tugas pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera di kawasan masing-masing.

On 22nd June 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) celebrates its 50th anniversary. Since its inception half a century ago, DBP has always been regarded as the pillar of success in the development of the Malay Language. During that period, from Bukit Timbalan, Johor Bahru, to Jalan Young, Kuala Lumpur, and today at Jalan Dewan Bahasa, DBP has successfully overcame various challenges and obstacles in carrying its responsibility in overseeing the development of the Malay Language as the national and official language of the nation - the language that gives a sense of pride and identity to the colourful multiethnic and multicultural society of Malaysia.

DBP was established on 22nd June 1956 in Johor Bahru as a department under the Ministry of Education. Its establishment was aimed at developing the Malay Language as the national and official language as the nation was moving towards independence. The following year it was relocated to Jalan Young before moving to Jalan Lapangan Terbang Lama five years later. Today, DBP operates from 33 storeys building at Jalan Dewan Bahasa (formerly Jalan Lapangan Terbang Lama). Besides its headquarters in Kuala Lumpur, DBP now has branches and regional offices in Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu, Bukit Mertajam and Johor Bahru to help in the plans to develop the language and literature in the various regions.

50 sen - Mural / The Mural

Mural yang dipaparkan di dinding luar Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang menjunjung semangat "Bahasa Jiwa Bangsa" di tengah-tengah pembangunan budaya, pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi tanah air yang diungkap melalui satu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang tunggal. Mural itu dicipta oleh Ismail Mastam, pelukis yang pernah bertugas di DBP, pada tahun 1961.

The mural on the facade of Dewan Bahasa and Pustaka's Balai Budaya Tun Syed Nasir symbolizes the unity of the Malaysian people who espouse the sentiment "Language is the Soul of the Nation" amidst the development of culture, education, economy, science and technology, expressed through one language, which is also the country's sole official language. The mural was composed by Ismail Mustam, an artist who was once a staff of the organization, in 1961.

50 sen - Lambang / The Logo

Lambang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengandungi empat unsur - daun lontar yang terletak di tengah-tengah melambangkan bahan tulisan zaman dahulu kala yang ditulis dengan mata pena daripada tangkai daun resam yang mengapitnya, buku dan mata pena yang terletak di bawah daun lontar melambangkan kegiatan penerbitan dan penulisan zaman sekarang. Semua unsur ini melambangkan tugas DBP sebagai badan pengembangan bahan, sastera dan ilmu pengetahuan melalui penulisan dan penerbitan. Lambang ini dilukis oleh Hoessien Enas pada tahun 1957.

The logo of Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) comprises four elements - the palmyra palm frond set in the centre symbolizes the writing of the old while the bracken or large fern leaf represents the instrument used to write on it, the book and nib at the base of the palmyra leaf symbolizes the publishing and writing activities of more recent times. These four elements symbolize the responsibilities of DBP as a body that develops the language, literature and and knowledge through writing and publishing. The logo was drawn in 1957 by Hoessien Enas.

RM 1 - DBP Dalam Industri Penerbitan / DBP in Publishing Industry

Reka bentuk setem ini mencerminkan kemajuan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam era teknologi maklumat dan komunikasi dalam industri penerbitan.

The design of the stamp reflects the recent progress of Dewan Bahasa dan Pustaka in the era informaton and communication technology in the publishing industry.

Butiran Teknik / Technical Details:

Tema / Theme: Ulang Tahun Ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka / 50th Anniversary of Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh Keluaran / Date of Issue: 22 Jun 2006 / 22th June 2006
Denominasi / Denomination: 50sen (2 rekabentuk / 2 designs), RM1
Saiz Setem / Stamp Size: 40mm x 30mm
Tebukan / Perforation: 14
Kandungan Helaian / Sheet Content: 20 setem / 20 stamps
Kertas / Paper: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor / SPM Watermarked, Phosphor Coated
Proses Percetakan / Printing Process: Litografi / Lithography
Pencetak / Printer: Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Perekabentuk / Designer: Hazel Design
SSHP / First Day Cover: 30sen
Folder / Folder: RM5.00

Sumber / Source: Bahagian Setem & Filateli, Pos Malaysia Berhad (http://www.pos.com.my)